ACARA MERENTAS DESA TELAH DIADAKAN SEMPENA SUKAN SEKOLAH PADA 26 MAC 2010 IAITU PADA HARI JUMAAT. DALAM ACARA TERSEBUT, PASUKAN DARIPADA RUMAH BIRU TELAH MENJUARAI DAN DIIKUTI OLEH RUMAH HIJAU, MERAH DAN KUNING.
Mesyuarat Agung PIBG SKSD kali ke-24 telah diadakan pada 04 Mac 2010 bertempat di Dewan Bestari SKSD. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Rompin. mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pelajar dan sekolah. mesyuarat ini telah dihadiri seramai 226 orang yang terdiri daripada para guru dan ibu bapa.
Unit kokurikulum SKSD 2010 telah menganjurkan khusus kepimpinan Pemimpin 2010 pada 6 Feruari 2010. khusus ini telah disertai oleh 60 orang pelajar yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform serta Kelab dan Permainan SKSD. Khusus ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dan dijalankan selama 3 jam.Dua orang kaunselor dari SMK Perwira Jaya telah dijemput untuk memberikan input kepada para pelajar tentang persediaan menjadi pemimpin.